LOG MASUK
Kata Nama
Kata laluan
Memerlukan Khidmat Kaunseling?
Muat turun Manual Pengguna
di sini.

Pendaftaran Baru

<April 2024>
ISRKJSA
25262728293031
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293012345
 
 INFORMASI
          Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah menyelubungi diri, berkongsilah dengan rakan pembimbing pilihan anda di laman e-Kaunseling RISDA.

 

Apa Itu e-Kaunseling  

e-Kaunseling merupakan satu perkhidmatan khidmat nasihat secara profesional dan beretika yang disediakan oleh RISDA kepada kakitangan yang memerlukan bantuan dalam menangani masalah di tempat kerja mahupun masalah peribadi. anda tidak perlu mendedahkan identiti anda dan boleh menggunakan nama samaran sahaja.


Prinsip-prinsip Kaunseling

e-Kaunseling adalah bertujuan untuk:

  •  Membantu dalam berfikir, berperasaan dan bertingkah laku secara kolektif mengikut keadaan.
  • Membantu menilai kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat membangunkan potensi diri.
  • Membantu mendapatkan alternatif dalam kehidupan supaya lebih mudah untuk membuat sebarang keputusan.
  • Membantu untuk bekerja dengan lebih konstruktif.
  • Membantu dalam berhadapan dengan stres secara positif dan mengurangkan kesan negatif akibat dari stres.

 Proses Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling Melalui e-Kaunseling


  • Individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling boleh memilih rakan pembimbing yang dikehendaki.
  • Anda akan dirujuk terus kepada e-mel rakan pembimbing yang dipilih, sila taip sebarang pertanyaan atau permasalahan anda dan kemudian hantar kepada rakan pembimbing berkenaan.
  • E-mail anda akan dijawab melalui rakan pembimbing yang anda dipilih. Ini bergantung kepada ruang masa rakan pembimbing.(mengambilkira cuti, tugasan luar pejabat atau kursus rakan pembimbing berkenaan).
  • Proses seterusnya adalah berdasarkan perbincangan dengan rakan pembimbing anda. Anda digalakkan untuk berjumpa rakan pembimbing secara bersemuka bagi mendapatkan sesi kaunseling yang lebih berkesan.